Tuesday, August 24, 2010

Hanya untuk: Sha-suka-latte

Post khas untuk Shahira

saya pakai cotton shawls

Harga RM20 per pcs
1)red-2 pcs

*yang bawah ni semua tinggal 1 pcs
2)light green
3)aqua blue
4)light blue
6)dark blue
7)pearl white
8)light brown
9)dark brown

pin untuk shawls[pin and hujungnya ada hiasan berjuntai2] warna ikut shape,harga RM4 per pcs

1)grape
-red(2)
-turquoise(2)
-aqua blue(1)
-peach(3)
-purple(2)
-black(1)

2)tulang ikan
-green(2)
-pink(1)

3)petir
-green(2)
-black white(2)
-silver white (2)

4)love
-purple(1)

5)straight
-black(2)

6)oval
-pink(2)
-aqua blue (1)
-red(2)

*harga not include postage ya..nti dah pilih,cmfirm nk beli, baru deal pasal harga postage[sory xde pengalaman blogshop] inner pon ad jugak..tp xsnap picture lg..kalo berminat text me ya..
xreti wat blogshop, cuma jual dgn kawan2..
[ni sesi cuba2 berniaga online,insyaallah,sy orang yg boleh dipercayai]

Saturday, August 21, 2010

Indahnya CINTA suami isteri

Happy tak tengok gambar ni..? gambar yang saya curi [**eh dah mintak izin ya nak share] dari seorang sahabat.. gambar mereka berpimpin tangan menyusuri tanah curam.. ya allah.. sejujurnya, saya menitis air mata melihat gambar ini..in sebilangan pembaca akan kata "apehal minah ni touching".. tp ini la hakikatnya.. ayat pertama terdetik bila melihat gambar ini "apakah ada kesempatan untuk saya rasa sebahagia ini, apakah ada kesempatan untuk saya dipimpin sang suami, apakah ada insan yang sudi membimbing saya, kemana jalan yang akan kami tuju.". indah nya jika saya berada ditempat ibu itu.. suami yang setia, anak soleh, keluarga bahagia..

pada mata kasar, gambar ini tiada apa maknanya.. tapi pada mata saya, ada 1000 makna tersirat disebalik gambar ni.. tak perlu untuk berlentok2 untuk menunjukkan romantisnya hubungan itu. tak perlu untuk berpeluk penuh ghairah untuk tunjuk pasangan itu semesra alam. tak perlu untuk papar gambar cium mulut untuk menunjukkan pada satu dunia, yang anda sayang pasangan anda. cukup sekadar saling melindungi dari bahaya, saling memelihara kehormatan masing2, saling ingat mengingati, memperbaiki kesalahan pasangan, nasihat menasihati, sudah cukup romantis bagi saya.. [lepas nikah lain cerita la kan.. saya mahu lebih dari itu] indahnya hubungan yang halal. xperlu takut, xperlu risau.. kadang kala saya lihat, partner yang blom halal lagi over dari partner yg dah halal sebagai suami isteri.. hm.. mintak dijauhkan dengan situasi seperti itu..

JUJUR, saya admire pasangan ini.. allah.. indahnya mereka.. ada sesuatu yang istimewa tentang pasangan ini.. semoga allah sentiasa memelihara saya, jauhkan saya dari kejahilan dan peliharalah saya dari segala dosa dan perilaku yang tak sepatutnya.. nak sangat jodoh yang baik2 agar ada yang membimbing.. doakan ye, cepat2la jodoh itu tiba... hihi.. nakal..

Thursday, August 19, 2010

Infinity - 1 tetap infinity

saya tulis post ni,tapi end up duduk jadi perkasam dlm draft... so hari ni nk kuarkan la.. hihi... banyak yang saya nak kongsi tentang kasih sayang.. tunggu next post la ye....

#24th July 2010~

hari ni saya kenal erti infinity... ketakterhinggaan... orang putih kate uncountable.. kasih sayang yang tidak berbelah bagi.. pengorbanan yang tiada tolak bandingnya [ni term selepas pengorbanan parent la kan.. for sure parent is No.1 priority of my love]
kuasa allah,takdir penentuan nya diluar dugaan dan jangka ukuran kita.. kenapa saya cakap mcm tu..? meh nak cerita.. dulu kan.. saye sedih je coz semua kawan2 dah engaged, married..wow... sanggat happy ye tgk mereka.. at the mean time, saya berazam nak cari juga... tapi tula.. kalau niat kite dah bengong, output nya juga akan turut serta bengong... selagi mana allah tak mengizinkan, godeh la mcamana skali pun, tak kan terjadi punya... ada dua perkara yang obvious dalam hidup saya sekarang.. yg sangat berkait dengan infinity..

**study saya
saya beriya2 nak pursue my degree kat UK.. siap mohon itu ini.. tapi tu la, allah dah tulis, rezeki saya masih disini.. bukan disana... makanya, tak jadi juga... allah mempunyai perancangan yang lebih hebat dari 'planner' saya.. saya dikurniakan anugerah, degree di BMI.. ya..tahu some reader akan fikir, ape la uni ni jugak ko nak masuk.. tapi pada saya, ini yang terbaik buat saya, setanding dengan kemampuan mental dan kewangan keluarga saya **even yuran mahal,tapi boleh pegi lagi la..MARA ade.. saya dikurniakan rezeki yang tak di duga, transfer kredit 42.. which is most 30% of my graduation requirement....almost semua subject 1st year dah vanish dalam study plan saya.. and i manage to cut several subject from year 2,3 and 4.. so sekarang trus skip ke year 2.. syukur alhamdulillah... di BMI, saya happy.. saya ada kawan yang masih setia dikala susah mahupun senang [**even ad mase kitorng main kutuk2,who care right.. bak kata org puteh what you give you get back..dunia ini ada hukum karma.. kalau ko kutuk orang,next time 10kali org kutuk kau,nak tak nak kena terima hakikat la.. pndai2 la beza buruk baik] so saya boleh study dengan happy.. and harap2 boleh la graduate on time.. kurniaan allah terhadap saya infinity...

**pasal relationship pula
JUJUR...!! saya ingin rasa dicintai serta mencintai... happy bila rakan2 bernikah dan mereka ada someone, a person that can hold on into...[eh btl ke english haku ni..? ah bedal je la..].. tapi itu semua kehendak allah... sedang ketika sya mencari2, time tu allah kata "hold dulu" maka mengorat la macamane skali pun,saya tetap tak jumpa yang serasi dengan jiwa ini.. ada je yg tak kena.. sampai satu ketika dimana saya cukup bersedia mengorak langkah seterusnya, syukur saya bertemu dengan lelaki yang cukup understanding, cukup supportive, cukup penyabar.. dimata saya, dia cukup segala-galanya untuk saya... akhirnya allah makbul kan doa saya.. dia lah segala2nya, dia mengingatkan saya pada kematian, mengingatkan saya pada kasih allah.. ingatkan saya tentang erti merendah diri yang sebenar, erti kehidupan tanpa rasa kecewa dengan apa yang telah berlalu.. dia kurniakan pada saya rasa disayangi,dicintai.. saya bahagia.. dia sangat istimewa dalam hidup saya...


kesimpulannya,kasih sayang allah terhadap hambanya itu infinity... terpulang kita nak gambar dan kira infinity itu banyak mana... segala perancangan allah ada hikmahnya... walaupun pahit, saya percaya, itulah yang terbaik buat saya... infinity, tetap jadi uncountable.. ya allah,kau makbulkan lah cita2ku ya allah.. segala perancangan terletak pada kuasaMU ya rabbul alamin..



Wednesday, August 18, 2010

10 petanda dia jodoh kita

Hari ni saya dapat note dari seorang rakan.. dia sangat istimewa kerana dia sentiasa sabar bila kena bahan dengan saya.. saya fikir notes itu pasti syok bila dikongsi bersama rakan2 yang lain[memang resam kami,sentiasa share segala informasi, lebih2 lagi yg menarik dan tertarik sebagai contoh video lucu yang buat kami gelak sehingga hilang segala stress yang ada] so, jom kita sama2 baca informasi ini.. insyaallah ia akan berguna untuk dijadikan panduan dimasa akan datang.. ingat ya kawan2, cari la jodoh yang terbaik disisi allah, gunakan seluruh pancaindera untuk menilai lelaki itu dari segala sudut.... supaya tidak menyesal dikemudian hari...

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, August 12, 2010

PASRAH dan REDHA atas ketentuanNYA...

Ya Allah,kepadaMU tempat aku mengadu... loket saya hilang... yang pelik rantai nya masih elok.. macamana loket boleh hilang.. tercicir mana tak tahu... magic betol.. kawan2, doakan saya dapat jumpa kembali loket saya tu ye.. sesungguhnya saya redha kerana dari Allah ia datang kepadaNya ia kembali.. cuma mohon doa, masih ada peluang untuk saya, berjumpa dengan nya lagi.. allah..sedih betul.. mungkin ada hikmahnya.. allah nak saya jalan tunduk ke bumi lepas ni... [yela, coz nk tgk kat semua jalan yg saya lalui, mane la tahu kot2 jumpe loket tu..] maybe nak kena beli rantai baru la kot.. supaya next time loket lebih selamat.. NAK PENGGANTI LOKET SAYA.. kalo dpt bentuk mcmni jugak, sujud syukur saya... kalo jumpa semula yang tercicir tu laaaagggiiii la HAPPY....

Du’a to recite when you lost something….
“Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return”

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan yang terakhir

mesti semua pelik je dengan tajuk post kali ni..

ya.. tema ramadhan pada tahun ini adalah "ramadhan yang terakhir". sebab ape kate terakhir.? agar kite menghargai ramadhan ini, seperti dia yang terakhir tiba dalam hidup kita.. kita isi dengan amal ibadah se'infinity' mungkin seperti inilah ramadhan terakhir... allah..insaf betul bila fikir2kan.. of course la kite nak ramadhan lagi tahun depan.. tp ni umpamaan nye.. paham2 sudah la ye.. malas nk hurai banyak2.. semua pembaca dah baligh, beza la baik buruk,kalo nk lebih detail, pegi la tazkirah uztaz kamal.. dan kita kena beringat ye.. kiamat sudah dekat..[ustazah jannah dah mari]

meh nk story kisah malam pertama saya menyambut ramadhan... ye la malam pertama.. kan bulan islam start bila azan maghrib.. so now dah 1 ramadhan... yee... ok2..back to the story.. al kisah saya tadi tak nak solat tarawikh disurau... ni mesti sebab hasutan syaitan (ni yg tak sempat kna tangkap dgn malaikat tadi..ad sekor 2 terlepas..) lepas solat maghrib dok la melepak kat kafe, bahana lapar, sanggup je.. bila tiba waktu solat isya', saya dgn sahabat saya (ceh skema ayat) padahal cakap je la crime partner..hihi.. kami solat ber'couple' kat bilik saya.. isya' sertakan sekali solat sunat tarawikh.. lepas je raka'at ke 2,kami relax jap..dengar tazkirah dari ustaz kamal (ni ustaz betul ya..) topik tentang ramadhan terakhir.. wa terus je berkobar2 nak solat disurau (time ni mesti syaitan yg baik satu dua tu dh kna tangkap semuanya..) terus je kami solat terawikh 2rakaat (baki yg 2 tu nk cukup kan 4 coz disurau jemaah dah buat smpai 4.. so pg surau nti trus follow je masuk yg ke-5) lepas tu bermula la adegan berkejar2an ke surau.. sangat lucu ye part ni... inilah yang dikatakan nikmat sahabat... syukur saya dikurniakan sahabat yang baik2, shabat yg berpimpin kejalan syurga.. (ok, kitorang berjaya ikot jemaah terawikh malam ini ya..) insyaallah.. saat itu, detik berlari2 xkan saya lupakan.. kerna saat itu umpama kami menyahut seruan tema ramadhan kali ini, "ramadhan yang terakhir" semoga ramadan kali ini lebih istimewa, lebih bersemangat mendapat keredhaan ilahi dan kita sama2 peroleh berkat dah syafaat ramadhan.. insyaallah..

**ni la crime partner saya.. aisyah..hihi...

Sunday, August 8, 2010

Kuiz satu bakal menjelma...

dah week 4.. tak sangka... Ya.. kuiz satu bakal menjelma... semua subject ada kuiz ya.. jangan ada satu pun yang terkecuali... dah mula cuak hati ini.. lately mood saya tak berapa nak memuaskan.. ada je perkara yang mengganggu fikiran ni.. mimpi pon yang bukan2.. hantu T-Rex kejar la..[ni semua pengaruh erol pgl roza saya 'T-Rex'] ntah ape2.. maybe saya tido tak cuci kaki.. ei..jahat jannah ni.. ok.. saya sedang berusaha improve diri.. cuba nk rearrange kehidupan sebagai student.. saya tahu saya banyak lagi kena belajar.. kena banyak usaha.. ok.. kuiz kali ni jangan main2.. nak score..

semoga hari esok lebih baik dari seblum2 nya.. agar saya boleh melonjak kegembiraan [macam pic kat atas ni] pada hari konvokesyen saya nanti..**bakal mak mertua tengok memang geleng kepala la.. sambil ckp "ape jenis perempuan yang anak aku suka ni..?" and saya pon jawab "makcik,saya nampak je gile mcmni.. tapi hati saya baik.. sure lepas ni makcik sayang saya lebih dari makcik sayang anak mak...[ops..dah pgl mak..tak boleh belah]"

ntah ape2 merapu sampai ke mak mertua... ok la.. got to go.. nak g dinner ngan roza.. [peh rosak diet plan kalo idop ngan dia hari2... gemok saya ikot cara dia makan..] ok stop merapu. bye2..

**pic diatas kredit to caer.. masa ni outdoor photoshoot dihari pertunangan ajie.. sory ye agak seksi...[bukan sikit.banyak.. ya allah.. banyak nye dose saya]

UPDATE:**i know it will happen... so pic dah edit ya... tp agak2 kabur skit la.. kire censored la tu.. tq sape yg tegur(**baby[you know who you are]: tq very much my dear).. tp ayat tu aku xkn ubat coz that is the true ugly fact of me.. u know i'm a good person.. tema hidup aku senang je.. "u don't have to talk good things all the time to show that you r the good person.. and if people talk bad things, tak semestinya dia bad person..." who want to be bad right..?? wallahualam... selama berpuasa...

**sory ye.. dalam kegairahan nak tunjuk yg saya boleh lompat tinggi, leka tak censored kan pic tu...

sanggup..?


sanggupkah si dia untuk melayan kerenah ku sepanjang hayatnya..? sanggupkah aku berada dalam keadaan ini sepanjang hidup ku........? sanggupkah... berkorban demi aku dan dia..? sanggupkah..?

hanya allah yang menentukan.... tak terukur betapa sunyi nya hati ini.... ape nak jadi ni.. there is something is uncomplete... and i don't know what.. sesungguhnya kau maha mengetahui.. kepadaMU aku berserah ya allah... sesungguhnya solat ku, ibadatku, hidupku, dan juga matiku kuserahkan hanya kepadaMU ya allah... sesungguhnya tidak sekali-kali aku menyekutukanMU ya rabbul alamin...




[mood tak berapa nak bahagia.. terasa diri ini sendiri... didalam sebuah ruang yang kosong.. hanya sendiri..]

Wednesday, August 4, 2010

Sakit itu penghapus dosa


badan panas sangat ni..
sampai telinga tak dengar..
tonsils bengkak..
selesema,batuk...
keje satu apa pun tak jalan..
6am saya duduk bawah shower coz terlalu panas..
thanks to my friend erwan,sudi bawak saya g klinik..
doc bagi ubat and saya kena la makan ubat tu..
waaa...dah la takut ubat...
Ya allah..
aku redha dengan segala ujian mu ini ya allah...
lillahita'ala...

 

blogger templates | Make Money Online